La Tahzan...

"ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang disekelilingmu tersenyum.jalanilah kehidupanmu sehingga nanti,ketika kamu mati,kamu tersenyum dan orang disekeliling mu menangis...."


Friday, July 16, 2010

pemilik cintaku....setelah Allah dan rasul.

part 1-'kau pilihanku'.....

Bila sang kumbang mula menghidu haruman mawar,aku pasrah setiap gadis berhak disunting.masa yang berlalu menghambat aku ke persimpangan itu.Bukan mudah membuat satu pilihan.Pilihan yang sangat berkait rapat dengan akhiratku.

Sepanjang bergelar gadis,aku sedar tugasku ialah men'soleh'kan diri.Walaupun tidak termampu olehku mencapai darjat 'wanita soleh',sekurang-kurangnya ada usaha ke arahnya..aku masih teringat kata-kata yang terdapat dalam buku riwayat rabiahtul adawiyah.wanita sufi yang ulung dengan cintanya pada Allah.

'walaupun kita tidak mampu menjadi seperti wanita solehah seperti aisyah,fatimah,dan wanita2 yang disebutkan Allah didalam Al Quran, memadai kiranya kite mengikuti langkahnya...'

sajak aminah Qutbi buat bakal suami...

sekiranya,kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cnta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,
sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai.
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andai dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMu untukku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana Mu..
Namun,
andainya dia bukan jodoh untukku,
berikanlah aku kekuatan agar aku pasrah dalam mengharungi ujian yang
Kau berikan kepadaku...