La Tahzan...

"ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang disekelilingmu tersenyum.jalanilah kehidupanmu sehingga nanti,ketika kamu mati,kamu tersenyum dan orang disekeliling mu menangis...."


Saturday, September 12, 2009

Bak Tangga...

perjalanan semakin jauh.Pendakian kian tinggi, dan mula menampakkan tanda-tanda kekangan dan cabaran akan datang merintang.Usaha dan ikhtiar tetap diadang oleh kudrat dan iradat Allah.Itu semua uji duga mencabar kekhalifahan diri.
Betul,selain hidup ini seperti roda,cita-cita yang menjadi tujuan hidup membuatkan kehidupan itu bak tangga.Bagaikan tangga yang menuju ke tempat yang lebih tinggi dan lebih atas.Tidak semesti mengatasi.Dan apabila duduk di atas,dan lebih tinggi,dapatlah kita merenung kembali kekhalifahan kita ketika di bawah.
Warna dunia ini tidaklah seindah mana pun.Keindahan dan keistimewaan dunia adalah pada cara dan usaha kita meronainya.Dan apabila kita mewarnai dunia dengan hati yang benar-benar ikhlas,segala-galanya menjadi terang dan menarik untuk kita tatang.
Sesungguhnya,kejayaan adalah kepuasan berusaha bersungguh-sungguh.Kecemerlangan adalah komitmen kita dalam mempelbagaikan segala ikhtiar dan berusaha dengan gigih tanpa sedikit pun rasa putus asa.
aku semakin tua dan rabun dengan warna-warna!
aku semakin tolol ketika semakin penuh ilmu di dada!
Betul kata Pak Hamka,semakin aku mengenal ilmu,semakin kukenali kebodohan dan kejahilan sendiri.
Aku mahu terus mendaki tangga itu.Aku tidak mahu turun berlari.Atau terjun menari.Aku mahu mendaki terus tanpa berpaling lagi.Mampu dan layak untuk mengecap manisnya buah-buah kejayaan nun di atas tangga,di puncak menara,di atas roda..Roda hidup yang akan menggilis sesiapa jua yang alpa..Sesiapa yang buta,betapa derasnya gelombang masa…

1 comment: